Pergi restoran Thai, mesti nak order Ikan Siakap. Dengan kepelbagaian cara ia dihidangkan, lagi lah sedap. Tapi kali ini Min nak kongsikan cara nak buat Siakap Stim Ala Thai. Tak rugi kalau cuba, dijamin sedap.
Terima kasih Zurina Zulkefli untuk perkongsian resipi Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai ini 🙂
Bahan- bahan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan
Cara membuat (Kukus Ikan):
- Mula-mula, bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
- Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
- Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
- Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara membuat:
- Pertama sekali, cincang bawang putih secara kasar.
- Kemudian, gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan dan kerangupan bawang putih goreng dapat menaikkan aroma ikan siakap stim.
- Padamkan api kuali serta masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.Â
- Seterusnya, rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
- Kacau kuah sehingga sebati.
Cara hidangan:
- Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
- Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
- Sedia dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ikan Siakap Stim Ala Thai(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity