Kudapan yang biasa kita buat adalah jenis keropok. Itu memang boleh buat ketagih betul kan? Tetapi kali ini, kudapan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini sangat la berlainan. Iaitu dengan menggunakan Labu.
Nampak memang susah nak buat. Perlukan practice tau. Jangan cepat putus asa. Nanti dah berjaya baru rasa berbaloi!
Terima kasih Nomie Harun untuk perkongsian resipi Kerepek Labu ini 🙂
Bahan-bahan:
Labu
Minyak masak
Cara membuat:
- Potong labu ikut ira lekok labu dan buang biji.
- Kupas kulit, agak-agak kulit tu jangan tebal, agak-agak masih ada warna hijau pada labu tu.
- Guna penyagat dan sagat nipis-nipis.
- Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
- Lapik tisu dapur di atas talam. Selepas itu, letak labu yang di tos tadi dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke satu jam gitu. (Bergantung cuaca, sebab jemur nak bagi kerepek ni rangup).
- Siap jemur, goreng dengan api yang sederhana.
- Agak kekuningan, boleh angkat dan sejukkan.
- Dah sejuk letakkan ke dalam balang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nomie Harun (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/