fbpx

Menu 30 Minit Je, Dah Siap. Ini Dia Resepi Hawaiian Chicken Pizza!

iCookAsia

Sebut je mengenai pizza, mesti ramai yang suka. Dengan kepelbagaian topping lagi menjadikan ianya lagi sedap. Tapi kalau buat sendiri, sebenarnya lagi nikmat sebab boleh jadi lebih kreatif untuk variasikan rasa pizza tersebut. Kali ni, Admin nak share satu resipi pizza yang sangat sedap dan mudah sahaja.

Jom kita buat!

Terima kasih Aishah Mohamed untuk perkongsian resipi Hawaiian Chicken Pizza ini 🙂

Bahan-Bahan:

3 keping roti Rolls up wraps brand Gardenia (Brand lain pun boleh)

Seketul dada ayam

Pizza topping grated cheese

Bawang holland

Cili benggala

Nenas

Tomato puri

Sos cili

Maggi cukup rasa

Minyak zaitun

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, potong dada ayam, bawang holland separuh dalam saiz dadu, cuci dan gaulkan dengan sedikit maggi cukup rasa dan 2 sudu minyak zaitun. Kemudian, goreng dalam kuali sehingga ayam dan bawang masak. Tidak perlu garing.
  2. Potong separuh cili benggala dan nenas dalam saiz dadu.
  3. Layurkan dalam kuali ketiga- tiga roti rolls up.
  4. Ambil 5 sudu tomato puri dan 1 sudu sos cili dan dicampur rata.
  5. Sapu campuran tomato puri dan sos cili di atas setiap keping roti wraps yang telah dilayur tadi.
  6. Letakkan ayam dan bawang yang telah digoreng tadi di atas wraps dan letak topping cili benggala, nenas dan cheese.
  7. Bakar dalam oven api atas 15 minit suhu 180C.
  8. Sedia utk dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aishah Mohamed(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x