Resepi yang mudah dan wajib dicuba di rumah semestinya Ayam Goreng Kunyit. Dengan bahan yang mudah didapati, lagi senang kerja. Gandingkan makan bersama kicap dan telur, lagi padu rasanya.
Jom try.
Terima kasih Nina Mhdr untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Kunyit ini 🙂
Bahan- bahan:
2 ketul dada ayam (Potong kecil-kecil)
1 sudu besar tepung bestariÂ
(boleh tambah sesudu lagi jika nak garing)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
1 biji bawang merah (Dihiris tebal)
1 inci halia (Dihiris halus)
Lada merah (Dihiris halus)
Lobak merahÂ
Bunga kobis
Kacang panjang
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan kari ke dalam ayam yang telah dipotong kecil tadi. Kacau rata.
- Kemudian, panaskan minyak. Goreng ayam. Jika ayam masih melekat. Biarkan seketika.
- Tunggu sedikit ayam garing baru diterbalikkan. Kemudian leraikan isi ayam yang melekat tadi.
- Goreng sehingga ayam garing. Kemudian masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
- Masukkan pula kesemua bahan yang tinggal. Goreng sehingga semuanya masak.
- Akhir sekali, angkat dan toskan minyaknya.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nina Mhdr(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos