Menu Raya Ekstra Padu: Rahsia Cucur Udang ‘Extra Crispy’ & Teh Bunga Longan Guna Air Sparkling! ✨
Hai korang! Bila sebut je pasal Raya, menu wajib yang selalu ada atas meja mestilah rendang dengan ketupat kan? Tapi untuk side dish pula, apa kata tahun ni kita buat kelainan sikit dengan hidangkan Cucur Udang Crispy.
Cucur udang ni bukan biasa-biasa tau, tekstur dia akan jadi extra crispy dan light sangat. Rahsianya? Kita guna air berkarbonat Spritzer Sparkling sebagai bahan adunan! Kalau korang pair kan pula dengan Teh Bunga Longan yang sejuk, confirm menu Raya korang jadi ekstra special dan berebut tetamu nak makan nanti.
Jom tengok macam mana nak buat dua menu gempak ni:
1. Cucur Udang Crispy Sparkling 🍤
- Bahan-bahan yang korang perlukan: 4 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 biji bawang besar yang dipotong dadu, 1 ikat daun kucai (potong memanjang 1-2 inci), 1-2 sudu kecil gula, dan garam secukup rasa. Untuk lauknya, sediakan 1 mangkuk udang kecil yang dah dibuang kulit dan urat. Bintang utama kita mestilah 2 cawan air berkarbonat Spritzer Sparkling yang sejuk!
- Cara penyediaan: Mula-mula, campurkan je tepung gandum, serbuk kunyit, garam, gula, bawang, dan daun kucai ke dalam satu mangkuk besar.
- Trik rahsia: Masukkan air berkarbonat Spritzer Sparkling yang sejuk tu sedikit demi sedikit sambil korang kacau adunan sampai jadi sebati dan licin. Jangan terus goreng tau! Korang wajib biarkan adunan ni berehat dulu selama 30 hingga 60 minit.
- Cara menggoreng: Selepas direhatkan, barulah gaulkan udang ke dalam adunan tadi. Panaskan minyak guna api sederhana tinggi, cedok adunan perlahan-lahan ke dalam kuali. Goreng sampai warnanya bertukar keperangan dan rangup di kedua-dua belah bahagian. Angkat, toskan lebihan minyak, dan hidangkan masa tengah panas berasap!

Spritzer Sparkling Natural Mineral Water
Spritzer Sparkling Carbonated Natural Mineral Water
2. Teh Bunga Longan Sparkling 🍹 Dah makan cucur panas-panas, tekak mestilah nak air yang fresh kan? Jom buat teh ala kafe hipster ni!
- Bahan-bahan: Bunga kekwa kering, air panas, buah longan dalam tin, madu, ais kiub, dan pastinya air berkarbonat Spritzer Sparkling.
- Cara bancuh teh: Rendamkan bunga kekwa kering dalam air panas selama 5 minit. Masa teh masih panas tu, terus masukkan madu dan kacau. Lepas tu, tapiskan teh dan biarkan ia sejuk.
- Cara nak hidang: Sediakan gelas yang cantik, masukkan buah longan berserta sedikit sirapnya, dan letakkan ais kiub. Tuangkan teh kekwa yang dah sejuk tadi sampai separuh gelas je. Untuk nampak lebih aesthetic, tambahkan beberapa kuntum bunga kekwa, dan akhir sekali tuangkan air berkarbonat Spritzer Sparkling. Kacau perlahan-lahan dan air korang dah sedia untuk dinikmati!
Senang gila kan? Korang wajib save resipi ni dan standby botol-botol Spritzer Sparkling kat rumah awal-awal. Memang ngam sangat untuk #serikanrayasparkling korang tahun ni. Selamat mencuba!
Resipi Istimewa daripada Yellowbeanie



Post Comment