fbpx

Menu Yang Sedap Dan Tak Jemu Makan, Ikan Bakar Dan Air Asam

iCookAsia

Kalau makan Ikan Keli Bakar mesti kena ada Air Asam kan? Baru lengkap hidangan tersebut. Bukan itu sahaja, menu ini pun sangat sesuai untuk dimakan waktu makan malam, bertambah nikmat makan.

Terima kasih Ct Fairus Mohamad untuk perkongsian resipi Ikan Keli Bakar Dan Air Asam ini šŸ™‚

Bahan- bahan:

Bahan A (Ikan Bakar):

Ikan keliĀ 

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

2 batang serai

1 inci halia

Sedikit kunyit hidup

2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar santan pekat

1 sudu besar gula

Garam secukup rasa (Boleh pakai cukup rasa maggi)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan kesemua bahan kecuali ikan dan santan.
  2. Gaulkan bahan kisar dengan ikan keli. Masukkan santan dan gaul rata. Perapkan, lagi lama lagi sedap.
  3. Akhir sekali, boleh bakar atau panggang dengan menggunakan pemanggang ajaib.

Bahan B (Air Asam):

Bahan Kisar:

5 tangkai cili padi (merah dan hijau)

2 tangkai cili merah besarĀ 

2 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan 1/2 cawan air masak)

Sedikit belacanĀ 

1 sudu kecil garam

3 sudu besar gula

Bahan Lain:

1 biji bawang besar (dipotong nipis)

1 biji tomato (dipotong nipis)

2 tangkai cili padi hijau (hiris halus untuk tambah warna)

Sedikit sos ciliĀ 

Sedikit perahan limau kasturi

1/2 sudu kecil serbuk perasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan bahan kisar seperti buat sambal belacan. Jangan terlalu halus. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan bawang, tomato, cili yang dipotong dan sedikit sos cili.
  3. Perahkan asam limau kasturi. Sesuaikan rasa supaya ada rasa masam dan manis.
  4. Akhir sekali, boleh hidangkan dengan ikan bakar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Ct Fairus Mohamad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x