Mexican Bun ni antara roti kegemaran ramai kerana bau semerbak wangi kopi dan rasa lemak masin intinya. Dan waktu dibakar, memang tak keruan rasanya, tak sabar nak menjamah kan.
“Sebelum puasa try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.”
Bahan (roti) :
1 biji kuning telur
30 gm gula kastor
Secubit garam
250 tepung roti/tepung gandum
1 sb susu tepung
1 sk yis
150 ml air (agak agak)
30 g marjerin
Bahan (topping) :
50 g butter (lembut)
40 g gula perang
1 biji telur A
1 sk esen vanilla
1 sb nescafe + 1 sb air panas (campur dan kacau)
60 g tepung gandum
10 g tepung jagung
Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub)
Cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mixer atau breadmaker dan uli sampai elastik. Lebih kurang 1 jam.
2. Siap uli, rehatkan selama 15 minit.
3. Kemudian campurkan semua bahan topping dan kacau sebati. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil doh 40 gm, letak inti dan bulatkan semula.
5. Sapukan tray dengan marjerin dahulu, biarkan doh selama 30 minit. Selepas itu letakkan topping atas.
6. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu).
Sumber : Puteri Rupawan