fbpx

Mini Rainbow Swiss Cake. Mudah Rupanya Nak Buat Swiss Roll Ni. Tak Perlu Guna Baking Powder

iCookAsia

Menurut Ain Kamis, resepi Mini Rainbow Swiss Cake yang dikongsikan ini tidak menggunakan baking powder atau soda bikarbonat.

Bahan A :
6 biji telur gred A
200 gram gula castor
1 sudu besar ovalate
½ sudu kecil garam
Sedikit esen vanilla

Bahan B :
200 gram tepung gandum

Bahan C :
150 gram minyak masak
60 gram santan kotak

Cara-cara :
1) Putar bahan A hingga kembang gebu
2) Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati
3) Tutup mixer. Masukkan minyak & santan. Kaup balik dgn senduk aje.
4) Gris loyang 7x7x3 .
5) Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dengan berat 150gram++ setiap adunan. Letak pewarna merah, orange, kuning, hijau, turquoise & purple.
6) Kukus adunan warna purple dahulu. Kukus selama 8 minit setiap lapisan. Ulang hingga habis adunan.
7) Keluarkan kek yg telah masuk daripada loyang. Sejukkan.
8) Trim tepi kek dahulu.
9) Potong kek nipis-nipis. Tip supaya kek tidak pecah bila digulung.
10) Putar fresh cream hingga soft peak.
11) Pipingkan fresh cream ke atas kek yang telah dipotong nipis dan gulungkan (refer pic)


Sumber : Facebook Ain Kamis

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x