Ramadan dah dekat kan? Anda semua boleh cuba buat lepas ni, cara nak buat pun sangat mudah dan yang paling penting, sedap tau. Hanya memerlukan waktu yang sekejap sahaja untuk buat. Bukan itu sahaja, kalau buat sendiri, dapat minum banyak.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Fauziah Yahya perkongsian resipi Air Katira ini 🙂
Bahan-bahan:
1 litre air panas
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar esen pisang
Bes minuman perisa tebu (brand double lion)
Gula secukup manis
Air cincau dalam tin
Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan air panas.
- Kemudian, masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, bes minuman perisa tebu dan gula.
- Kacau sehingga larut.
- Akhir sekali, masukkan air cincau dan biji selasih. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fauziah Yahya(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity