Mesti ramai peminat ayam di sini kan? Admin nak kongsikan satu resepi di Facebook ini yang sangat mudah dan boleh buat terliur. Bahan yang digunakan pun mudah sahaja. Nak bawa bekal ke office atau bekal anak-anak pun sesuai.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Hajar Mohd perkongsian resipi Ayam Goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
Dada ayam
Garam
Kunyit (Boleh ganti dengan serbuk cili, titis pewarna atau safron, kalau tiada kunyit)
Tepung jagung
Cara membuat:
- Mula-mula, hiris kecil dada ayam.
- Kemudian, perap sekejap dengan garam dan kunyit.
- Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak supaya ayam tenggelam apabila digoreng.
- Ambil sedikit tepung jagung, gaulkan ayam dan terus goreng ayam.
- Akhir sekali, biarkan masak dan garing. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hajar Mohd(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity