Nak lauk yang simple, mudah dan sedap. Boleh cuba buat Terung Goreng Berlada ini. Memang puas hati bagi sesiapa yang suka makan sayur. Lagi perfect makan dengan nasi panas-panas. Nak ratah macam itu sahaja pun boleh.
Jom try.
Terima kasih Juma Natull untuk perkongsian resipi Resepi Terung Goreng Berlada ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A :
Terung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Bawang besar (dihiris)
Ikan bilis (digoreng garing)
Bahan B (Untuk Ditumbuk Kasar):
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili besar merah
Cili padi
Cara membuat:
- Mula-mula, terung dibasuh dan dibelah tengah. Goreng dalam minyak panas, biar sampai masak tapi jangan lembik sangat. Angkat dan toskan.
- Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kalau nak lebihkan kuah masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih.
- Seterusnya, masukkan terung yang telah ditoskan tadi dengan bawang besar yang dihiris. Biarkan kejap supaya sambal berlada sebati dengan terung.
- Akhir sekali, apabila sudah betul-betul masak, angkat dan gaulkan dengan ikan bilis goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Juma Natull(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity