Kalau dah bosan makan nasi, boleh lah Try Masak resepi Spaghetti Carbonara yang sangat mudah daripada Che Nom ini. Orang bujang pun boleh buat. Walaupun tak cukup bahan macam dalam resepi asal Che Nom, tapi tetap sedap. Tak percaya? Jom cuba buat sekarang!
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
Bahan A (Untuk Kuah):
Sedikit minyak zaitun
½ biji bawang Holland
4 batang sosej
capsicum merah dan hijau
1 mangkuk dada ayam
1 sudu kecil black pepper
1 tin sos carbonara Prego
1 cawan susu full cream
1 keping keju cheddar
1 sudu kecil dried basil
1 sudu kecil dried oregano
1 sudu kecil dried parsley
Bahan-bahan untuk spaghetti:
Air secukupnya
1/2 paket spaghetti
Sedikit garam
Minyak zaitun
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus spaghetti dahulu dalam air yang menggelegak. Masukkan sedikit minyak. Apabila sudah lembut, toskan.
- Campurkan dan ratakan sedikit minyak zaitun ke dalam spaghetti yang telah direbus.
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland.
- Masukkan sosej dan lada benggala merah dan hijau.
- Kemudian masukkan lada hitam atau blackpepper secukupnya.
- Masukkan sos carbonaran dan susu full cream. Kacau sebati.
- Masukkan keju cheddar. Gaul hinggan keju cair.
- Masukkan basil, oregano dan parsley.
- Tambahkan garam jika perlu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity