Mudahnya cara membuat Muffin Coklat Chip perkongsian Lyn Da II ni, tak perlu menggunakan mixer atau blender, hanya whisk dengan tangan sahaja. Jadi waktu nak mengemas pun, tidaklah renyah sangat kan?
Untuk resipi ini, satu adunan boleh menghasilkan 27 hingga 28 cup bersaiz S.
Bahan :
1 3/4 cwn Tepung gandum
1/4 cwn Serbuk koko
1 sk Baking powder
1 sk Soda bikabonat
1 cwn Gula
1/2 sk Garam
1 biji Telur
1/3 cwn Minyak masak
1 cwn Air
Coklat chip
Cara :
- Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat.
- Kemudian masukkan gula dan garam.
- Dalam bekas lain, pecahkan telur dan masukkan air dan minyak. Whisk sehingga sebati dan selepas itu masukkan ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sebati.
- Selepas itu masukkan coklat chip ikut kuantiti yang disukai dan gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam cup, masukkan separuh sahaja kerana ia akan mengembang.
- Taburkan coklat chip di bahagian atas.
- Susun di dalam loyang.
- Panaskan oven dahulu dalam 10 minit sebelum masukkan adunan. Bakar pada suhu 170c selama 20 hingga 25 minit menggunakan api atas bawah.
- Hasilnya, kek cukup lembut dan sedap.
- Boleh juga dihias dengan krim.
Kredit resipi & foto : Lyn Da II
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/