fbpx

Muffin Pisang Coklat Chip. Letak Mayonis Untuk Lebih Moist. Tak Percaya? Cubalah.

iCookAsia

Resipi perkongsian Shafinar Shariff ini agak unik kerana menggunakan mayonis dalam adunan muffin. Jelasnya, penggunaan mayonis akan membuatkan kek lebih moist. Jadi kalau nak buat resipi ini, wajib ada mayonis okay!

 

Bahan :

6 cawan Tepung gandum – ayak

3 sudu teh Soda bikarbonat – ayak

3 sudu teh Baking powder – ayak

1/2 sudu teh Garam

21/2 cawan Gula – nak kurang pun boleh

2 cawan Pisang – potong atau lenyekkan

1 cawan Mentega cair – minyak pon boleh

1/2 cawan Minyak

1 cawan Mayonis – wajib

4 biji Telur

1 cawan Coklat chip – letak banyak pun boleh

 

Cara :

  1. Mula-mula ayak tepung, soda, baking powder.
  2. Kemudian kisar pisang, gula, mentega yang dicairkan, minyak dan telur.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas tepung yang telah diayak, kemudian masukkan coklat chip.
  4. Tuang 3/4 adunan ke dalam bekas muffin.
  5. Kemudian hiaskan dengan pisang potong, coklat coin atau coklat chip. Letakkan kekacang pun boleh.
  6. Bakar pada suhu 190c selama 15 hingga 20 minit atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.
  7. Sedia dimakan atau dibuat jualan.

Kredit resipi & foto : Shafinar Shariff

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x