fbpx

Musim Hujan Memang Sedap Dapat Makan Sup Ayam Cara Paling Simple

iCookAsia

Kadang-kadang pening fikir nak makan apa untuk makan malam, apa kata cuba buat Sup Ayam? Dengan cara yang paling simple dan mudah tapi penuh dengan rasa bahan yang digunakan. Memang perfect untuk dihirup musim hujan.

Jom try.

Terima kasih Ayu Mashruddin untuk perkongsian resipi Sup Ayam 🙂

Bahan- bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

1 kiub ayam

2 sup bunjut

Ayam

Air

Kentang

Carrot 

Garam

Blackpepper

Hirisan cili merah

Tomato

Daun sup

Daun bawang

Sesame oil (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, hiris bawang merah, bawang putih dan halia. 
  2. Kemudian, letak 1 kiub ayam dan 2 sup bunjut. Tumis sekejap.
  3. Masukkan pula ayam dan air. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
  4. Boleh masukkan kentang dan carrot.
  5. Jangan lupa garam dan juga black pepper. Secukup rasa.
  6. Masukkan hirisan cili merah beserta tomato.
  7. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang.

Kalau suka, boleh drizzle kan sedikit sesame oil.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ayu Mashruddin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x