fbpx

Nak Elakkan Berperang Dengan Ikan Keli, Boleh Cuba Tips Ini!

iCookAsia

Setiap kali nak goreng ikan keli, mesti kena ready betul-betul sebab nak berperang. Mana tidaknya, akan meletup-letup dalam kuali. Tapi kalau anda cuba tips ini, lega nak menggoreng selepas ini.

Terima kasih Aein Mazalan untuk perkongsian resipi Tips Menggoreng Ikan Keli ini 🙂

Bahan- bahan:

Air beras, air garam, asam jawa atau asam limau

Tepung jagung

Garam

Kunyit

Cuka

2 keping asam keping

Tips:

  1. Cara yang pertama, basuh ikan keli bersih-bersih dan biar hilang lendir-lendir dia. Sebab lendir ini lah yang boleh buat ikan tersebut meletup. Boleh basuh dengan menggunakan air beras, air garam, asam jawa atau asam limau.
  2. Kemudian, jika sudah siap basuh semua, lumurkan ikan dengan tepung jagung, garam, kunyit dan cuka.
  3. Sewaktu nak menggoreng, pastikan letak asam keping dalam 2 keping ke dalam minyak.
  4. Akhir sekali, boleh menggoreng seperti biasa. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try tips ini di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aein Mazalan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x