fbpx

Nak Kurus? Cuba Minum Air Rebusan Daun Pandan Ni. Lenguh Badan Pun Hilang.

iCookAsia

Jangan ambil risiko membahayakan kesihatan dengan pengambilan produk atau pil menguruskan badan, apa kata cuba secara alami dan semulajadi dengan amalkan air rebusan daun pandan.

Selain mengempiskan perut, ia juga berkhasiat untuk mengeluarkan angin dalam badan dan lenguh-lenguh badan. Gerenti angin keluar berdesup selepas minum air ni.

 

Bahan :

Beberapa helai Daun pandan

2 inci Halia – diketuk

1 ketul Gula batu

2 gelas Air

 

Cara :

  1. Rebus daun pandan, halia dan gula batu. Masukkan dua gelas air dan rebus sehingga menjadi segelas air.
  2. Tapis dan minum air rebusan semasa suam.
  3. Boleh diamalkan dua kali sehari. Elok juga minum dua jam sebelum tidur. Badan terasa segar waktu bangun pagi.

Kredit resipi & foto : Azurah Ahmad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x