fbpx

Nak Makan Set Lengkap Ala KFC, Cuba Resipi Ini. Confirm Tak Cari Lain Dah.

iCookAsia

Pastinya ramai yang suka makan ayam di KFC kan? Namun bagi yang mempunyai keluarga besar, pastinya ada kekangan kewangan untuk berbelanja untuk setiap seorang. Jadi apa kata kita sediakan set lengkap ala KFC secara homemade dengan resipi perkongsian Najwa Bahira ni.

 

Bahan Ayam :

Seekor ayam

2 cawan Tepung Bestari pedas

1 cawan Tepung jagung

2 sb Tepung beras

3 ulas Bawang putih – ketuk

2 sb Serbuk cili

1 sk Garam

 

Cara :

  1. Perap ayam bersama garam, 1/4 tepung Bestari dan bawang putih. Jika keluar air, biarkan, jangan buang. Perap lebih lama lebih sedap.
  2. Gunakan air yang keluar daripada perapan dan tambah sedikit air masak. Celupan air perapan membuatkan ayam cantik bersalut seperti ayam KFC.
  3. Satukan semua tepung dan serbuk cili. Celup ayam di dalam air tadi dan salutkan dengan tepung sehingga sebati.
  4. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam, jika boleh sehingga menutupi ayam. Gunakan api besar supaya ayam masak cantik.

 

Bahan Coleslaw :

1 biji Kobis bulat/ Kobis manis

2 biji Lobak merah

2 senduk besar Mayonis

1/4 cawan Susu cair

1 sb Gula

3 cubit Garam

Perahan Lemon

 

Cara :

  1. Potong kobis dan lobak merah halus-halus berbentuk kiub.
  2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati. Perah lemon dan simpan dalam peti sejuk. Lebih lama diperap, ia akan lebih sebati dan sedap.

 

Bahan Kentang Putar :

7 biji Ubi kentang

1 ketul Kiub ayam

1/4 cawan Susu cair

Setengah labu Bawang merah besar / Holland

1/2 cawan Tepung gandum

Lada Hitam

Lada Sulah

1 cawan Air masak

2 sb Marjerin

1 sb Kicap manis

Resepi Kentang Putar

 

Cara :

  1. Rebus ubi kentang dan letakkan satu sudu kecil garam. Selepas itu lenyek kentang sehingga hancur dan campurkan lada sulah, susu cair dan secubit kiub ayam.
  2. Tumis bawang dan lada hitam dengan marjerin.
  3. Kemudian masukkan tepung dan air. Masak sebati dan masukkan pula kicap.mKacau sehingga pekat dan tidak terlalu cair.
  4. Akhir sekali tapis untuk membuang bawang dan lada hitam.

Kredit resipi & foto : Najwa Bahira

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x