fbpx

Nak Resepi Yang Mudah Dan Sedap? Cuba Buat Pajeri Nenas Ini. Confirm Bertambah Makan Nasi

iCookAsia

Simple, mudah dan sedap. Perfect description untuk resepi yang Admin nak kongsikan kali ini. Gerenti tambah la makan nasi selepas ini. Bukan itu sahaja, memang kenyang dan puas hati bila digandingkan dengan nasi panas.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Azla Shakila perkongsian resipi Pejeri Nenas ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji nenas (dicelur)

1 packed serbuk kari

2 biji bawang merah

1 inci halia

3 sudu kerisik

2 sudu minyak masak

2 sudu gula

Sedikit kulit kayu manis

Sesudu udang kering

Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumis bawang merah, halia dan kulit kayu manis.
  3. Setelah garing, masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kerisik, gula dan udang kering serta kacau sebati.
  5. Seterusnya, masukkan nenas dan kacau rata hingga nenas empuk.
  6. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azla Shakila(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x