fbpx

Nampak Sangat Menyelerakan Ayam Goreng Berempah Ini, Mesti Buat Ni

iCookAsia

Dapat makan Ayam Goreng Berempah panas-panas memang sedap. Dapat pula cicah dengan sos atau makan dengan nasi. Nasi Lemak pun boleh juga. Resepi ini mesti kena cuba tau.

Terima kasih Fatimah Ali untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Goreng Berempah ini 🙂

Bahan- bahan:
Seekor ayam (Dipotong kecil dan dibersihkan)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
5 batang serai
5 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan halus
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk cili
Garam,perasa secukupnya
1 sudu besar cuka makan
Secekak daun kari

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan jintan halus.
  2. Perapkan bersama ayam.
  3. Kemudian, letak serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, garam, perasa dan cuka. Gaul rata kesemuanya.
  4. Perapkan selama setengah jam atau lebih.
  5. Seterusnya, panaskan minyak dan letakkan daun kari.
  6. Akhir sekali, gorengkan dengan api sederhana sehingga kekuningan dan masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatimah Ali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x