fbpx

Nasi Beriani Ayam Sorok, Resepi Ringkas dan Mudah, Hasil Luar Biasa!

iCookAsia

Nasi beriani mempunyai pelbagai jenis resepi. Ada yang dimasak berasingan, ada yang dimasak sekali. Cara yang mudah boleh dimasak sekali, selain menjimatkan ruang, kita juga boleh menjimatkan masa. Jom tengok resepi yang dikongsi saudari Nuryusra Ibrahim Kutty.

 

BAHAN PERAPAN

1 ekor ayam

2sb serbuk kunyit

2sb serbuk cili

2sb serbuk kari ayam

4sb yogurt

Perap sebentar ke semua bahan di atas

BAHAN MENUMIS

4sb minyak sapi

4sb butter/planta

4sb rempah briyani

5 biji bawang besar (hiris)

4 ulas bawang putih (tumbuk)

2 inci halia (tumbuk)

2 cili hijau

6 cili padi (optional)

4 biji tomato

10-20 biji gajus & kismis

3 helai daun salam

Kayu manis/ cengkih/ pelaga/ bunga lawang

Daun pandan/ Daun ketumbar/ Daun pudina

Garam secukupnya

4pot beras basmathi-6pot air (1:1 1/2)

*Rendam beras selama 20-30min.

CARA-CARA

  1. Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
  2. Kacau seketika. Masukkan tomato, cili hijau, cili padi dan garam secukupnya.

3. Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.

4. Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.


5. Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas. Siap!

Nampak rumitkan, tapi senang je sebenarnya. Selamat mencuba!

Kredit: Nuryusra Ibrahim Kutty

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x