Aidilfitri bakal menjelang tidak sampai seminggu lagi, jadi inilah masanya untuk mengumpulkan resipi yang boleh dihidangkan sempena raya nanti. Maklumlah, ada yang tiada rezeki untuk pulang ke kampung meraikan lebaran dengan keluarga tersayang, jadi hanya memasak sahaja buat pengubat rindu. Umpama makan air tangan ibu.
Untuk resipi kali ini, kami kongsikan Nasi Hujan Panas. Menurut empunya resipi, memasak nasi ini mudah sahaja, namun jika tidak kena cara, nasi akan selekeh akibat percampuran warna.
“Resepinya mudah shj…memasak nasi ni lebih kurang sama resepinya dgn nasi minyak…namun kalau x kena dgn caranya…nasi akan bertukar warna (akibat warna yg bercampur) menyebabkan warna pd nasi menjadi ‘selekeh’ & tidak menyelerakan😂😂😂…di sini abam akan sharekan sedikit tips mcm mana nk dptkan nasi dgn warna yg cantik & menarik serta berderai yer.”
Bahan :
4 1/2 pot beras basmathi (abam pakai jenama faiza preboiled pack warna oren) – rendam beras selama 30 minit, basuh dan toskan
3 sb minyak sapi (ghee) (abam guna 2 sb ghee + 1 sb planta)
1 ketul kiub ayam
2 pot full cream milk (boleh gantikan dengan susu cair)
2 1/2 pot air
Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan tumis :
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang putih (dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris nipis)
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
3 helai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
Cara :
1. Rendam beras basmathi selama 30 minit, basuh dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan ghee.
3. Apabila minyak telah panas, tumiskan 4 sekawan.
4. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi.
5. Selepas itu, masukkan daun pandan.
6. Masukkan kiub ayam.
7. Kemudian, masukkan beras basmathi dan gaul rata.
8. Masukkan pula full cream milk dan air.
9. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya (kiub ayam dah masin jadi sesuaikan ikut citarasa).
10. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup penutup periuk dan tanak nasi sehingga masak.
11. Setelah nasi kering, titiskan pewarna merah, kuning dan hijau.
12. Kacau nasi sehingga nasi telah betul-betul kering.
13. Siap.
https://www.facebook.com/khairul.hasrol/videos/pcb.3249849268671700/10221684498639009/?type=3&theater&ifg=1
https://www.facebook.com/khairul.hasrol/videos/pcb.3249849268671700/10221684496038944/?type=3&theater&ifg=1
Tips :
1. Titis pewarna bila nasi telah betul-betul kering. Kalau nasi tak kering, warna akan bercampur.
2. Gunakan sudu yang berlainan bagi warna yang berlainan untuk mengelakkan percampuran warna.
3. Semasa titiskan warna, pastikan penjarakkan sosial dipatuhi😅…jangan letak terlalu dekat, nanti warna bercampur.
4. Tunggu seketika setelah pewarna dititiskan supaya warna menyerap sepenuhnya ke dlm nasi. JANGAN kacau nasi ketika ini…nak nasi cantik kan…Perlu banyak bersabar.
5. Setelah nasi telah betul-betul kering, baru kacau nasi untuk campurkan warna-warna tadi.
https://www.facebook.com/khairul.hasrol/videos/pcb.3249849268671700/10221684497158972/?type=3&theater&ifg=1
Sumber : Khairul Hasrol