fbpx

Nasi Impit Paling Mudah Nak Buat. Tetap Kekal Lembut Dan Sedap. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Raya bakal menjelang, jadi cukup sesuailah jika dikongsikan menu dan juadah sebagai persediaan. Nasi impit antara menu popular yang wajib ada atas meja setiap kali pagi raya. Namun kalau korang kepingin sangat nak makan, okay inilah masanya nak buat sebab terlalu senang.

Jika beli yang readymade, kadang kala tak mengikut selera, ada yang keras dan kurang enak.

“Saya masak nasi impit ni guna periuk nasi yg lama2 tu aje.. yg tebal sikit periuknya.. yg ini, saya masak pagi tadi pukul 9.30 pg dan siap di impit pukul 11.30 pg.. nak guna tuk berbuka petang ni..cara saya ni tak perlu nak tumbuk atau tindan bagai ye coz selepas ditanak selama 2 jam, mmg nasi da jadi lembut sangat. just tekan2 aje masa mengimpit tu. kita tanak lama coz untuk jadikan nasi impit tu lembut dan lambat basi.. ini cara saya, klu nak jadi mcm apa yang saya ajarkan, bole la cuba. klu tak nak, terpulang.. ikut fahaman masing2.”

 

Bahan : 

1 cawan beras

4 cawan air

Daun pandan optional klu nak wangi

 

Tips :

1. Kalau di Semenanjung, saya selalu guna beras Cap Rambutan berwarna hijau, beras Jasmine yang ada gambar Jalaludin Hassan atau beras Cap Ketupat.

2. Di Sabah, saya guna beras Cap Anggur warna biru.

3. Harga beras di atas semuanya bawah RM30 untuk 10 kg.

 

Cara :

1. Sukat beras berapa cawan nak guna. Saya gunakan 3 cawan. basuh beras macam biasa.

2. Sukat air, setiap satu cawan beras bersamaan empat cawan air.

3. Didihkan atas api sehingga menggelegak dan agak kering.

4. Setelah nasi agak kering, perlahankan api, guna api yang perlahan. Tutup dan biar nasi tanak selama dua jam.

5. Setiap selang 1/2 jam, kacau nasi supaya sekata. Jadi dalam 2 jam, hanya kacau nasi sebanyak empat kali.

6. Sediakan tuala kering yang dimasukkan dalam plastik dan sedikit minyak masak baru untuk tujuan menghimpit nasi.

7. Setelah nasi siap di tanak selama 2 jam, cedukkan ke dalam bekas atau loyang. Himpitkan nasi menggunakan plastik dan celupkan plastik di dalam minyak. Tekan nasi impit tadi untuk dimampatkan. Ulang sehingga nasi betul-betul rata.

8. Sejukkan dahulu di bawah kipas dan sejukkan selama 4 jam sebelum dipotong.

Sumber : Noranida Kudos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x