fbpx

Nasi Kerabu Makdek Anas The Legend. Resipi Lengkap Satu Pinggan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Hidangan lengkap nasi kerabu yang lengkap dan cukup mudah untuk diikuti. Resipi ini merupakan nasi kerabu tumis, jadi ianya menggunakan budu biasa dan tidak dimasak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Terimalah resepi yang ditunggu-tunggu. Resepi Nasi Kerabu Makdek Anas The Legend. Saya mewakili bonda berbesar hati untuk sedekahkah resepi ini kepada semua. Resepi ni lah yang bonda guna untuk jual nasi kerabu masa kami kecik2 dulu. Semoga perkongsian yang bermanfaat ini menjadi ladang pahala untuknya kelak.

Sesiapa yang mencuba resepi ni, jangan lupa panjatkan doa buat bonda saya, Che Anas Bt Che Ibrahim semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan. Dan tak lupa sedekahkan alfatihah buat ayahanda Ab Rahman bin Mat Salleh yang telah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah.

Oleh kerana ini nasi kerabu tumis, budu menggunakan budu biasa dan tidak dimasak. Perkiraan orang dulu-dulu, segantang nasi, sekilo nyior parut, sekilo ike slaye/sardin .

#nasikerabumakdikanas

#resepiwarisanbonda”

 

Nasi Biru

1. Nasi biru. Biasanya nasi kerabu tumis warna kuning. Untuk warna kuning, boleh guna serbuk kunyit. Tapi sebab ada bunga kita buat warna biru.

2. Rebus bunga telang sehingga keluar air biru. Tapis air dan masukkan ke dalam beras yang sudah dibasuh.

3. Masukkan daun pandan, sedikit minyak dan daun limau purut (jika suka) untuk menambah aroma pada nasi.

 

Tumis

Bahan :

1 kg Santan

5 ulas Bawang Merah

5 ulas Bawang Putih

1 inci Halia – 1 inci

Lada Kering – secukupnya

Sedikit Belacan

1 keping Gula melaka (nise)

Garam

 

 Cara :

1. Masak santan dan air sehingga pecah minyak. Sukatan santan dan air mesti sama banyak.

2. Masukkan semua bahan yang sudah dikisar. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi. Masukkan sehelai daun pandan. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.

 

Sambal nyor

Bahan :

1 kg kelapa parut

5 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

5 batang serai

Lada hitam

Garam

Gula

Ikan selayang atau sardin

 

Cara :

1. Goreng sekilo kelapa parut sehingga kering. Jangan goreng terlalu garing.

2. Kisar atau tumbuk 5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah, 5 batang serai, sedikit lada hitam dan garam.

3. Cairkan gula dengan air panas.

4. Masukkan bahan kisar. Masukkan dalam nyor dan gaul bersama ikan tawar. Biasa guna ikan slaye/ sardin.

5. Masukkan bawang besar, cili besar merah dan hijau untuk hiasan.

6. Untuk mempercepat sesi menggoreng, jemur dulu kelapa hingga kering.

7. Resipi ini untuk membuat jumlah yang banyak. Kalau buat sedikit, kurangkan bahan supaya tidak terlalu cair. Rasanya mesti sedikit manis.

https://www.facebook.com/nasikah.abrahman/videos/pcb.2403455233089138/2403439733090688/?type=3&theater

 

Ulam (potong halus semua bahan)

Kacang panjang

Taugeh

Pucuk serai kayu/ daun samak (bukan daun serai batang)

Kobis

Bunga kantan jika ada

Kalau suka boleh letak daun kesum

**Saya anti betul nasi kerabu hipster letak kobis purple dengan carrot😅

 

Sambal lada

1. Kisar cili padi bersama cuka, garam dan gula. Kacau sehingga hilang buih.

2. Sambal ini tak dimasak.

 

Daging bakar sebagai pelengkap sajian

Bahan perapan – Bawang merah, bawang putih, serai, jintan, gula dan garam

Ikan celup tepung

 

Nasi kerabu siap!

Zaman PKP ni tak cukup bahan. Lagi lengkap kalau ada solok lada, bawang jeruk dan telur masin.

Sumber : Nasikah Ab Rahman

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x