fbpx

Nyonya Manis Keladi. Adunan Kuih Sedap Ini, Boleh Hasilkan 25 Biji. Sedap Betul!

iCookAsia

Apabila disebut Kuih Nyonya Manis ini, Admin terngiang ngiang rasanya yang manis masin, lembut dan cair dimulut. Sedap betul kan? Dan kebiasaanya kuih ini dengan perisa pandan sahaja. Tetapi, untuk resipi kali ini, seorang pengguna Facebook telah kongsikan cara membuat Kuih Nyonya Manis Keladi. Cantik betul hasilnya! 

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Nyonya Manis Keladi ini 🙂

Bahan A

1 cawan tepung gandum

1 cawan santan

1/2 cawan gula

1 biji telur

*Masuk bahan di atas dalam bekas. Kacau guna whisk bagi sebati.

Bahan B

1/4 cawan tepung jagung

1/4 cawan gula

1 cawan santan

1 sk yam emulco (perisa keladi) 

Sedikit pewarna ungu

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau sebati.
  2. Kemudian masak atas api perlahan hingga pekat. Ketepikan dan biar suam.
  3. Apabila sudah suam, campurkan bahan A dan B dalam blender. Blender hingga sebati dan tapiskan jika suka.
  4. Pada acuan lompang saiz besar sapu sedikit minyak.
  5. Tuang adunan 1/2 atau 3/4 acuan.

Bahan C

Santan kotak 200ml air

1 cawan air

4 – 6 sb tepung gandum

Sedikit gula

Garam

Cara membuat:

  1. Campur semua bahan di atas dan kacau rata (diblender pun boleh) adunan ni mesti rasa sedikit masin.
  2. Kemudian masak atas api perlahan hingga adunan putih meletup atau likat sedikit.
  3. Tuang terus dalam botol sos kecil.
  4. Botol sos tadi suakan pada tengah-tengah adunan ungu. Paipkan (botol tu pegang menegak) ikut nak besar mana.

*Adunan ni boleh dapat 25 biji.

  1. Panaskan kukusan hingga betul-betul mendidih.
  2. Kukus selama 10 minit pada api sederhana besar.
  3. Sejukkan dulu dan baru keluarkan nona manis tu dari acuan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x