fbpx

Oat Chocolate Chip Cookies. Simpan Lagi Lama, Lagi Sedap. Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Perintah Kawalan Pergerakan masih berbaki 13 hari. Dan bagi yang sudah tepu tidak tahu mahu menyediakan apa untuk kudapan, apa kata cuba resipi Oat Chocolate Chip Cookies.

Nak belanja resepi Oat Chocolate Chip Cookies favourite anak-anak. Cuti sekolah ni memang laku, kejap je dah habes.

 

Oat Chocolate Chip Cookies

Bahan :

250 gm Mentega

1 cawan Gula Perang

1 cawan Gula Kastor

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila (kalau ada extract vanilla lagi bagus)

300 gm Top Flour

1 sudu teh emplex

1 sudu teh soda bicarbonat

40 gm Serbuk Badam

40 gm Oat yang diblend halus (jika tak suka oat boleh gantikan dengan 30-40gm tepung atau boleh ganti dengan serbuk almond untuk lebih rasa kacang)

1 cawan kacang pilihan cincang kasar (pecan sedap dan wangi)

1 bungkus semi sweet chocolate chip

Cara :

1.Pukul mentega dan gula sampai kembang dan berkrim dengan kelajuan tinggi.

2.Masukkan telur dan putar dengan kelajuan rendah dan berhenti bila sebati. Alihkan dari mixer.

3.Masuk coklat cip dan kacang, kacau guna spatula.

4.Kemudian masuk oat blend, serbuk badam dan tepung, kacau guna spatula juga sampai rata, biarkan sekurang kurangnya 20min baru bakar. Saya guna scoop ice cream saiz kecil (1 tsp) supaya lebih mudah.

5.Bakar selama 30 min dengan suhu 150c.

(Cookies akan terasa lebih sedap dan rangul selepas 1 atau 2 hari disimpan dalam botol)

Sumber : Emmy Hanafi

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x