fbpx

Onde-Onde Bunga Telang. Terasa Mewah Dengan Ciri Klasik 70 Kuntum Bunga Telang Buat Santapan Berbuka. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Cantik dilihat, namun lebih enak disantap. Terasa mewah santapan berbuka pada hari ini dengan hidangan Onde-Onde Bunga Telang. Lebih menarik, resipi ini tidak menggunakan pewarna, sebaliknya Bunga Telang diekstrak jusnya dan dijadikan bahan utama Onde-Onde.

 

Kuih onde-onde bunga telang sebagai pemanis mulut berbuka puasa hari ini.

ONDE-ONDE BUNGA TELANG

 

Bahan :

2 cawan tepung pulut

1 cawan air ekstrak bunga telang

2 ketul gula melaka (dipotong dadu kecil)

1/2 biji kelapa parut muda (di ambil putihnya saja)

Garam secukup rasa

 

Cara :

1. Rebus bunga telang dengan dua cawan air, rebus sehingga menjadi 1 cawan. Anggaran bunga telang yang diperlukan ialah 50 hingga 70 kuntum bergantung kepada kepekatan warna yang di kehendaki. Sejukkan.

2. Apabila sudah sejuk, boleh mula membuat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentukkan bulat semula. Ulang sehingga doh habis.

4. Rebus dalam air mendidih sehingga bebola tadi timbul. Toskan dan golekkan di atas kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.

 

Tips :

1. Setelah doh diisi inti dan dibentuk, sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat.

2. Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.

Sumber : Lily Azhary

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x