Sesiapa yang suka makan Durian, memang wajib cuba hidangan Serawa Durian ini. Confirm suka. Mudah sahaja nak buat dan yang penting, puas hati.
Terima kasih Iqa Omar untuk perkongsian resipi Resepi Serawa Durian ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A (Serawa Durian):
6 hingga 10 ulas durian
200 ml santan kotak
6 cawan air suam
3 helai daun pandan
1 biji gula kabung
Sedikit gula pasir (Jangan terlalu banyak, sebab gula kabung dan durian sudah manis)
Sedikit garam
Cara Membuat:
- Mula-mula, satukan bahan-bahan dalam periuk.
- Pastikan kacau sentiasa, supaya santan tidak pecah minyak.
- Jika sudah mendidih sekali, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Bahan B (Roti Jala):
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
- Kemudian, kisarkan sampai halus.
- Akhir sekali, boleh kirai kan roti jala tersebut.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iqa Omar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity