fbpx

Paling Sedap Untuk Ditelan, Memang Puas Hati Makan Sagu Gula Melaka Ni!

iCookAsia

Setiap kali makan, mesti kena ada dessert untuk lengkapkan meal kita. Boleh buat Sagu Gula Melaka ni, mudah dan sedap rasanya. Tak rugi kalau cuba. Nak lagi sedap, boleh letak dalam peti sejuk dan nikmat makan begitu.

Jom try.

Terima kasih Norhidayah Mohd Aripin untuk perkongsian resipi Resepi Sagu Gula Melaka ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
Sagu (jangan basuh, pilih buang bendasing)
Air satu periuk (lagi banyak lagi bagus)
Pewarna

Cara membuat:

  1. Mula-mula, didihkan air seperiuk.
  2. Kemudian, masukkan sagu dalam air mendidih.
  3. Biarkan sagu masak sampai nampak berkaca dan tiada warna putih sagu mentah.
  4. Jika sagu masih ada putih, tambah lagi air sebab itu kena didih air banyak terus, tidak perlu nak tambah lagi selepas itu.
  5. Seterusnya, apabila sagu sudah berkaca, angkat periuk dan tuang sagu dalam penapis
  6. Bilas sagu sehingga sejuk.
  7. Masukkan sagu ke dalam mangkuk berasingan dan warnakan mengikut warna yang disukai.
  8. Gaul sebati dan siap, boleh ketepikan.

Bahan B:
Gula Melaka
Daun pandan
Santan
Susu cair
Garam
Susu pekat

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, didihkan air bersama gula melaka, agak agak sahaja, jangan terlalu manis. Jangan lupa masukkan daun pandan juga.
  2. Air mendidih, masukkan santan, susu cair dan garam.
  3. Apabila sudah mendidih, boleh tutup api.
  4. Tambahkan sedikit susu pekat (jangan sampai terlalu manis) dan kacau.
  5. Akhir sekali, sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Tips: Nak makan ambil sagu setiap warna, masukkan kuah, barulah dikacau bersama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhidayah Mohd Aripin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x