Setiap kali keluar mesti akan cari cendol. Memang betul-betul kena dengan rasa yang manis dan sejuk. Tapi kalau buat sendiri lagi padu sebenarnya, dapat makan banyak kali dan yang penting, puas hati.
Terima kasih Cma Isma untuk perkongsian resipi Sup Ketam ini 🙂
Bahan- bahan:
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
3 cawan air pandan
1 sudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
- Mula-mula, bancuh semua bahan dan tapis.
- Masak atas api sederhana, pastikan sentiasa kacau sampai likat dan berkilat.
- Kemudian, sediakan besin berisi air sejuk ditambah dengan ais.
- Masukkan adunan cendol dalam piping bag.
- Akhir sekali, paipkan adunan cendol dalam besen air sejuk tadi. Sedia dihidangkan mengikut citarasa masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cma Isma(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity