fbpx

Pekena Rojak Tauhu Untuk Makan Petang. Kuah Pekat Likat Baru Best!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu hidangan Rojak Tauhu ini kan? Menjadi kegemaran orang Penang ni! Perkataan Rojak ini sahaja kita dah boleh tahu, ianya bermaksud campuran pelbagai bahan. Jadi, ada tauhu, kangkong, tauge, timun, cucur dan macam-macam lah. Ikut suka anda nak letak apa. 

Ada yang teliur dah ke? Jom buat ikut resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Rojak Tauhu ini 🙂

Bahan Rojak:

Tauhu (Goreng/bakar separuh masak)

Kangkong (celur)

Tauge (celur)

Timun

Bahan untuk Kuah Rojak:

Cili kering 10 tangkai (kisar halus)

Sos Cili 1/2 cawan

Belacan 2 inci

Gula Merah 1 Cawan

Gula pasir 1/2 cawan

Kicap pekat manis 1/3 cawan

Air masak 1 cawan

Tepung Jagung 3 sudu besar

Cara membuatnya:

  1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Masak sampai gula semua cair dan mendidih. Selepas itu, masukkan tepung jagung, kacau-kacau sampai pekat likat dan sejukkan.
  3. Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung dan gaul rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x