Masakan Sambal ini tidak boleh lari dengan selera orang Melayu. Tak sah kalau tiada masakan pedas dalam satu hidangan. Betul tak? Terutamanya pada yang penggemar Pedas. Tetapi, pernahkah anda mencuba masakan sambal yang digandingkan bersama sayuran seperti Terung?
Seperti seorang pengguna Instagram ini, beliau membuat hidangan Sambal Terung. Tidak pelik, memang ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Lebih-lebih lagi pada mereka yang suka akan Terung ini. Jom cuba!
Terima kasih syeda_rahim98 untuk perkongsian resipi Sambal Terung ini 🙂
Bahan-bahan:
2 biji terung
Segenggam udang basah
*1 genggam cili kering
*1 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 sudu udang kering
*Sedikit halia
2 sudu kecil air asam
Garam, gula, ajinomoto
Cara memasak:
- Potong terung mengikut citarasa anda, Kemudian goreng.
- Bahan yang bertanda (*) dikisar.
- Panaskan 4 sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
- Masukkan Udang basah dan terung yang telah digoreng.
- Masuk air asam, gula, garam dan ajinomoto. Biarkan sambal seketika. Kemudian tutup kan api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: syeda_rahim98 (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos