PKP sambung, kita pun jadi tiada idea dah nak masak apa. Perut nak makan back-to-basic sahaja. Makanan macam di kampung. Haa… apa kata anda cuba perkongsian resipi di bawah ini.
Nak lagi pedas, boleh campurkan juga dengan cili padi. Buat yang pencinta pedas lah, hehe…
Terima kasih Wan LuQman untuk perkongsian resipi Telur Sambal Cili Kering ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur
Bawang putih
Lada kering
Ikan bilis
Sos tiram
Cara membuat:
1. Lada kering di potong dua dan goreng hingga garing. Jangan sampai hangit ye, nanti pahit pula.
2. Tumis bawang putih dan ikan bilis. Goreng hingga garing. Ketepikan dan biarkan sejuk sedikit.
3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Tumbuk tidak terlalu lumat dan tidak terlalu kasar.
4. Tumis 1-2 sudu besar sos tiram.
5. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
6. Masukkan gula dan garam.
7. Pecah kan telur tiga biji. Nak bagi hancur atas tidak pun tidak mengapa. Ikut suka.
8. Hancurkan putih telur dahulu. Dan biarkan kuning telur cukup masak dan baru diangkat/dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan LuQman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/