Walaupun menggunakan resipi yang sama, namun pemilihan bahan premium dan berkualiti tinggi menjadikan kek dan biskut lebih enak dan punya rasa lebih mewah.
Seperti resipi Premium Butter Cake perkongsian Nuqiliz Ressa ini, wajib menggunakan butter jenama premium agar kek mentega lebih gebu dan lebih sedap.
Bahan :
6 biji Telur – asing putih dan kuning
1 sb Ovalate
3 sb Susu pekat
1 cawan Gula castor (160 gm – 170 gm)
1/4 cawan Susu segar (50 gm)
150 gm Butter – wajib gunakan jenama premium butter, pemilik resipi menggunakan Golden Churn dalam tin)
1 sk Esen vanila
Bahan ayak :
200 gm / 2 cawan Tepung gandum
1 sk Baking powder
Cara :
- Ayak tepung dan ketepikan.
- Pukul putih telur dan gula sehingga menjadi meringue. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan putar sehingga gebu.
- Selepas itu, masukkan meringue tiga peringkat dan kaup balik adunan sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar.
- Griskan loyang dan alas sekeliling loyang dengan baking paper.
- Bakar adunan menggunakan api atas bawah pada suhu 160c selama sejam.
Kredit resipi & foto : Nuqiliz Ressa
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/