fbpx

Peminat Petai Mesti Cuba Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Ini, Sangat Sedap

iCookAsia

Sedap sungguh makan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai ni, lagi padu dimakan dengan nasi panas. Makan sekali mesti nak lagi. Nak lagi pedas, tambah cili padi. Perfect bagi siapa yang suka pedas dan makan petai.

Jom try.

Terima kasih Ben Ameer Nour Ismail untuk perkongsian resipi Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis ini 🙂

Bahan- bahan:

Bawang putih

Bawang merah

Cili padi (Boleh campur cili hijau dan cili merah)

Cili merah besar 

Ikan bilis (Separuh goreng,separuh blend)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan kesemua bahan di atas, pastikan kisar kasar jangan hancur nanti tidak menarik.
  2. Kemudian, panaskan minyak, pakai lebihan minyak goreng ikan bilis.
  3. Masukkan bahan kisar tada. Tumis sampai betul-betul pecah minyak. 
  4. Masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa. 
  5. Masukkan petai, boleh rebus dulu petai.
  6. Masukkan tempoyak, lagi banyak lagi sedap.
  7. Akhir sekali,  masukkan ikan bilis yang sudah digoreng rangup tadi. Kacau sampai garing. Siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ben Ameer Nour Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x