fbpx

Penang Loh Bak, sajian unik masyarakat Cina yang anda perlu cuba

Fazli
By Fazli

Sajian masyarakat Cina ini sangat terkenal di Pulau Pinang. Ia sesuai dimakan pada waktu petang bersama teh hijau. Selain itu, boleh dijadikan bekalan dalam perjalanan atau berkelah. Ia juga enak sebagai isian di dalam roti berbentuk panjang (hotdog roll).

http://blog.tunehotels.com/

Bagi sesiapa yang selama ini teringin untuk merasa makanan ini, bolehlah cuba resepi yang tertera dibawah. Sebagai masyarakat majmuk, kita harus mempelajari masakan istimewa dari pelbagai bangsa di negara kita.

Loh Bak juga sedap dihidangkan dengan sos cili dan sos kicap. Jika kesuntukan masa, boleh disajikan dengan sos cili di dalam botol serta sos untuk Yong Tau Foo yang dijual di pasaraya (seringkali bersama bahan-bahan untuk membuatnya). Meskipun bahan-bahan untuk membuat Penang Loh Bak ini agak banyak, menyediakannya sangat mudah.

Salah satu bahan terpenting adalah ‘serbuk rempah lima’. Ia memberikan rasa istimewa dalam kebanyakan resepi masakan Cina. Boleh dibeli di dalam paket di kebanyakan pasaraya. Supaya tahan lama, anda perlu masukkan ke dalam botol kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

http://www.karangkraf.com/

Selain daripada tepung sagu atau tepung kanji, resepi ini juga menggunakan tepung kentang. Tepung sagu juga dikenali sebagai tepung ubi. Fungsinya adalah memekatkan campuran. Ia agak berbeza daripada tepung jagung. Namun anda boleh menggantikan tepung jagung jikalau sukar untuk mendapatkan tepung kentang.

Untuk membungkus, perlu menggunakan kulit tauhu bersaiz besar. Ia berwarna kekuningan dan agak jernih. Bungkusannya pula adalah lutsinar. Ia dijual leper serta berlipat dan seakan-akan fucuk tetapi lebih lembut. Buka bungkusan dan lipatan tauhu kemudian potong mengikut saiz yang dikehendaki. Selalunya, boleh mendapat 6 kepingan kecil untuk satu keping besar kulit tauhu.

http://resepkoki.id

Jikalau tidak mahu menggunakan daging, boleh juga gunakan ayam. Namun pastikan isi ayam yang dicincang, sekiranya dibeli di pasaraya, tidak mengandungi lemak yang banyak. Ini adalah untuk mengelakkan Loh Bak terlalu berminyak.

Bagi yang ingin menghidangkan loh bak di majlis keraian atau parti, bolehlah memotong kulit tauhu kecil-kecil supaya anda tidak perlu memotong loh bak yang sudah siap. Loh bak kecil atau dikenali sebagai ‘bite-size’ sangat mudah dimakan kerana ia ‘sekali suap’ sahaja.

Seperti kebanyakan masakan berisi (berinti pedas atau tidak manis), isinya perlu dibiarkan sejuk sebelum dibungkus. Ini adalah untuk mengelakkan kulit tauhu melecur atau menjadi lembik terutama bila dikukus. Setelah dikukus, loh bak mesti dibiarkan sejuk sebelum digoreng. Jika tidak, air kukusan yang terlekat pada loh bak akan memercikkan minyak panas.

Proses mengukus loh bak tidak lama kerana ia perlu digoreng lagi selepas itu. Bagi anda yang ingin mengurangkan minyak dalam masakan atau tidak gemarkan makanan bergoreng, bolehlah kukus loh bak lebih lama. Setelah sejuk barulah dipotong bentuk medalion atau pingat dan dihidangkan.

Kulit tauhu boleh dimakan terus dengan isian dagingnya. Jadi, tidak perlu membuka ‘bungkusan’ tersebut. Kedengaran agak ganjil tetapi pada hakikatnya, Penang Loh Bak sangat sedap dan istimewa sekali.

Bagi yang sukakan lebih pedas, boleh tambahkan serbuk cili ke dalam campuran daging. Selain itu, boleh juga dihiriskan cili merah dan cili padi. Untuk isi yang lebih “asli” boleh gunakan sengkuang Cina bagi menggantikan sengkuang biasa (selalunya untuk membuat rojak dll).

Adalah penting supaya menggulung kulit tauhu sederhana ketat saja. Jikalau terlalu ketat, isi dagingnya boleh keluar dari kedua-dua belah bahagian yang terbuka. Pastikan putih telur disapu rata supaya mudah untuk merapikan kedua-dua hujung loh bak. Simpulkan ke sebelah bawah supaya ia nampak kemas.

Kulit tauhu yang siap untuk dikukus perlu dicucuk terlebih dulu dengan garpu. Memadai mencucuk di beberapa bahagian sahaja. Tujuannya adalah supaya stim atau wap di dalam loh bak akan terbit. Jika tidak, bentuk loh bak tidak menjadi cantik atau sekata.

Loh bak yang sudah siap dikukus boleh disimpan di dalam bekas bertutup selama beberapa hari (letak di dalam peti sejuk). Bila hendak dimakan atau disajikan, barulah goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.

Cuka untuk membuat sos cili adalah jenis artificial sugar. Namun bagi yang tidak gemarkan rasa cuka begitu, boleh gunakan cider vinegar (cuka epal) atau sebarang cuka buah-buahan yang lain. Bagi mengurangkan rasa masam atau ‘tajam’ cuka biasa, hanya gunakan 50 ml dengan campuran 50 ml air.

http://www.chowstatic.com/

Bahan-bahan

400 g isi daging kisar
1 camb serbuk rempah lima
2 camb kicap manis
Garam, gula & serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung sagu
3 camb tepung kentang
100 ml air
100 ml minyak
150 g sengkuang –  dicincang halus
1 labu bawang besar
Kulit tauhu (besar) secukupnya
Putih telur (untuk sapu
)Minyak untuk menggoreng

Sos kicap (masak hingga pekat)

6 camb kicap manis3 camb gula pasir¼ camt serbuk rempah lima1 camt tepung sagu100 ml air

Sos cili (didihkan cuka, masukkan semua bahan)

100 ml cuka60 ml sos plam30 ml sos cili bawang putih30 ml sos tomatoGaram, gula secukupnya

Cara membuat

  1. Perap daging dengan rempah lima, kicap, garam, gula dan serbuk lada hitam selama 1 jam.
  2. Campurkan tepung sagu, tepung kentang dan air. Gaul dengan daging tadi.
  3. Panaskan minyak, goreng sengkuang. Bila separuh masak, masukkan daging dan bawang. Kacau hingga masak.
  4. Potong kulit tauhu menjadi kepingan 17.5x10cm. Letak daging di tengah kulit, diikuti inti.
  5. Sapu putih telur pada seluruh kulit tauhu. Bungkus kemas dan pusingkan kedua hujungnya.
  6. Kukus selama 10-15 minit. Biar sejuk kemudian goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
  7. Untuk sos: Jerang atas api perlahan selama 2 minit kemudian angkat.

Selain dari Loh Bak, sudahkah anda mencuba resipi Tauhu Bakar ini?

Selamat mencuba!

Sila LIKE Facebook iCookAsia serta subscribe ke channel Youtube kami untuk dapatkan resipi-resipi terbaru!

Share This Article
By Fazli
Follow:
test