fbpx

Pencuci Mulut Terbaik Untuk Raya Ini, Biskut Arab Kurma. Penggemar Kurma Patut Cuba.

iCookAsia

Hari Raya hampir tamat. Anda sudah makan dan cuba semua jenis Kuih Raya ke belum? Perlu dimanfaatkan Raya kali ini kerana kita tidak dapat ziarah-menziarahi. Bila tak dapat berpeluang begini, jadi kita nikmati sahajalah Raya kali ini bersama keluarga. Mencuba segala resepi yang kita boleh. Haa, anda dah cuba ke belum Biskut Arab Kurma ni?

Kalau belum, anda patut cuba. Mana tahu kalau ada Kurma yang dari bulan Ramadan yang tak sempat habis, boleh gunakan dalam resepi ini. Jimat kan? Tak perlu membazir, biarkan lama sahaja di rumah. Jom cuba! 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Biskut Arab Kurma ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula pasir – dikisar halus

1 cawan minyak sapi atau marjerin

3 sudu besar susu tepung (optional)

3 sudu besar nestum – dikisar halus (optional)

Kurma secukupnya

Bahan-bahan salut:

Susu tepung

Cara penyediaan:

  1. Gaul tepung gandum, gula, susu tepung dan nestum dan minyak sapi atau marjerin. Kalau tak nak letak susu tepung dan nestum pun tak apa. Letak sebab nak bagi rasa susu yang kuat.
  2. Bulat-bulatkan doh dan isikan kurma.
  3. Bakar pada suhu 150′ selama 20 minit.
  4. Semasa masih suam salutkan dengan susu tepung. Dah sejuk nanti tak lekat sepenuhnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x