Kalau dapat makan ikan keli pun sedap juga kan? Buat goreng macam itu sahaja pun dah best makan, dengan crunchy lagi. Apa kata anda cuba tips untuk goreng ikan keli supaya badan ikan keli tidak bengkok seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini.
Bertambah seronok bila nak makan nanti. Jom kita try.
Terima kasih untuk Ayue Jalal perkongsian tips Untuk Menggoreng Ikan Keli ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau ia sudah digoreng, apabila nak makan lagi sedap, akan jadi lebih rangup. Kalau ikan keli yang bersaiz besar akan jadi kurang sikit.
- Kalau nak ikan keli rangup dan tidak melekat sesama sendiri sewaktu digoreng, sebelum masukkan ikan, gorengkan dulu asam keping dalam 2 hingga 3 keping kerana ia juga boleh mengelakkan dari minyak meletup dan melekat.
- Kemudian, lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Bahan tepung jagung yang menyedapkan dan merangupkan ikan.
- Pastikan untuk guna kuali yang besar, dan minyak yang banyak serta minyak mesti betul-betul panas.
- Semasa menggoreng, jangan terlalu banyak sangat letak ikan keli itu, boleh letak dalam 4 hingga 5 ekor cukup susun dalam kuali tersebut.
- Seterusnya, jika ada ikan yang melekat sikit, jangan ditarik terus, nanti isi-isi ikan terkoyak sekali, boleh guna gunting untuk memisahkannya. Baru cantik.
Antara sebab yang boleh menjadikan ikan keli itu bengkok:
- Pertama sekali, ikan masih half beku lagi sudah digoreng.
- Seterusnya, kuali terlalu kecil.
- Kemudian, minyak tidak panas lagi, sudah masukkan ikan untuk menggoreng.
Semoga bermanfaat ! 😉
Kredit tips dan gambar: Ayue Jalal(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity