fbpx

Penggemar Sayur Mesti Cuba Lauk Masak Lemak Kobis Ini, Memang Padu Dimakan Dengan Budu

iCookAsia

Setiap kali makan nasi mesti kena ada lauk berasaskan sayur kan? Baru lengkap hidangan untuk hari itu. Bukan itu sahaja, lauk ini memang sedap rasanya dan hirup kuah saja pun best tau. Boleh cuba masak di rumah selepas ini.

Jom kita try.

Terima kasih SuiSan Aliezsha untuk perkongsian resipi Masak Lemak Kobis ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 biji setengah kelapa parut (perahkan dan ambil pati sahaja. Kalau kobis banyak lebihkan kelapa, santan jangan terlalu sikit)

Kobis (Potong dan cucikan)

Bahan Campuran:

Cili besar

Bawang besar

Ikan bilis (Nak campur udang kering pun boleh)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan santan dan bilis dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
  2. Pastikan untuk sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
  3. Kemudian, apabila kuah sudah agak masak dan pekat, masukkan kobis. Kacau-kacau.
  4. Akhir sekali, masukkan cili besar dan bawang besar serta garam secukup rasa. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: SuiSan Aliezsha(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x