fbpx

Peniaga Ini Kongsikan Resepi Kek Sarang Semut Daripada Jualan Beliau. Cantik Betul Kejadiannya!

iCookAsia

Kek Sarang Semut, Kek Legend yang masih menjadi kegemaran ramai. Ada juga yang masih belum berjaya untuk mendapatkan hasil yang cantik. Tetapi jangan putus asa, practice makes perfect. Jom Admin kongsikan satu resepi daripada seorang peniaga yang menjual kek legend ini. Confirm menjadi dan hasilnya cantik betul! 

Terima kasih Syah Raziell untuk perkongsian resipi Kek Sarang Semut ini 🙂

Bahan A:

1 cawan gula pasir

1 cawan air panas

2 sudu besar margerin

Cara membuat:

  1. Panaskan gula hingga menjadi caramel. Guna api perlahan. Lenggangkan kuali supaya gula masak sekata. Bila gula dah perang cantik, tuangkan air panas dan kacau hingga gula larut. 

*Jangan risau kalau ada gula berketul. Kacau je perlahan-lahan sampai larut.

  1. Selepas itu, masukkan marjerin dan kacau sebati. Matikan api.

Bahan B:

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

1 sudu besar soda bikarbonat

*ayak bahan di atas dan ketepikan.

Bahan C:

3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan susu pekat (Boleh lebihkan kalau suka manis)

Cara membuat:

  1. Kacau-kacau manja telur, vanila dan susu pekat. Tak perlu pukul telur kuat sangat ya.
  2. Masukkan bahan B ke dalam adunan telur. Kacau sebati. Saye buat 3 batches. Kacau perlahan-lahan. 
  3. Tuangkan adunan gula caramel dan kacau sebati. Kalau nak perap, tutup bekas dengan plastik wrap dan peram 2 jam. Kalau tak nak perap pun boleh. 
  4. Panaskan oven pada suhu 170* selama 10-15 minit. 
  5. Sapu loyang dengan margarine dan tabur sedikit tepung gandum. Tapis adunan dan tuang dalam loyang.
  6. Bakar kuih di rak paling bawah dengan api bawah saja selama 30 minit. Kemudian api atas bawah 10 minit.
  7. Cucuk kek dengan lidi untuk nak tahu dah masak ke belum. Kalau lidi kering maknanya dah masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syah Raziell (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x