Apabila tiba musim panas ni, sudah pasti tekak nak benda sejuk kan? Jom Admin kongsikan hidangan Aiskrim Mangga daripada seorang pengguna Facebook ini. Tak perlu dah susah susah nak beli di luar. Beli buah, bahan-bahan yang diperlukan dan buat dalam kuantiti yang banyak. Senang. Tak perlu dah berebut dengan orang di rumah hehe.
Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Aiskrim Mangga Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji mangga
450g non-dairy whipping cream
150g air sejuk
50g susu tepung
50g gula aising
100g coffee mate
1 sudu kecil vanilla powder
½ sudu kecil aiskrim stabilizer
Cara penyediaan:
- 2 biji mangga dikisar halus dan dijadikan puri mangga. Lebihan sebiji lagi, di potong dadu untuk topping atas aiskrim.
- Mix semua bahan-bahan di atas kemudian masukkan puri mangga yang telah dikisar. Mix hingga kembang 2 kali ganda (rujuk video).
- Apabila sudah siap mix, masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais semalaman atau seeloknya 2 hari sebelum dimakan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos