fbpx

Penyejuk Tekak Terbaik Untuk Anak-Anak, Sagu Mangga. Sedap Betul!

iCookAsia

Duduk di rumah ni, sebagai ibu bapa perlu fikirkan makan minum terutamanya. Kalau anak-anak dah makin bosan nak makan di rumah, jom cuba perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini iaitu Air Sagu Mangga.

Senang je nak buat, simple tapi sangat sedap. 

Terima kasih Reeya Lohana untuk perkongsian resipi Sagu Mangga ini 🙂

Bahan-bahan:

Sago

Pewarna Merah 

1 tin susu cair

½ tin susu pekat (boleh tambah kalau nak lebih manis)

2 tin air

Buah Mangga secukupnya

Cara penyediaan:


1. Rebus sago dan pewarna merah. Pastikan api perlahan dan kerap dikacau.
*Kacau sampai semua sago keluar kanji dan menjadi “MERAH CLEAR”.


2. Apabila sudah siap, tutup api dan toskan, dan rendam dalam air sejuk. Selepas setengah jam, tos dan ke tepi kan.

3. Kacau sebati susu cair, susu pekat dan air.


4. Seterusnya, hiris mangga. Ketepikan.
5. Apabila selesai semua masukkan sago, mangga yang telah dihiris dan ais kiub. Kacau sebati.


6. Akhir sekali, masukkan dalam apa-apa gelas, ikut citarasa cara hidangan masing-masing agar anak-anak gembira.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Reeya Lohana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x