fbpx

Perkongsian Lebih 22 Ribu di Facebook, Jom Cuba Resepi Ais Lemon Pudina & Lemon Pudina Laici Asam Boi. Gerenti Ketagih

iCookAsia

Resepi perkongsian Nur Hanisah Kamaluddin ini merupakan hasil air tangan bersama arwah abang, Mohammad Firdaus Bin Kamaluddin sewaktu berniaga di bazar Ramadan.

Mendapat lebih 22,000 perkongsian di laman Facebook, jelas Hanisah, semua bahan yang digunakan harus segar dan disertakan beberapa tips penting untuk menyempurnakan hidangan ini.

“Assalamualaikum Selamat Tengahari. Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye. Saya halalkan resepi saya ni yang tak seberapa.

Untuk isikan di dalam plastik, masukkan satu atau dua sudu gula

“Sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedap fresh,boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.

“Sukatan untuk 1 Balang Air.

Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji

Sunquick 100 g
Serbuk Asam Knor 100 g
Air Gula 1 liter

Cara-cara :

1)Kisar 3 biji lemon dgn 2 liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.

2)Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau dan masukkan dalam bekas air lemon tadi.

3)Masukkan air batu, pati air lemon, Masuk air masak agak-agak jer, 1 biji hiris lemon, daun pudina. Kacau dan siap untuk minum.

Ini contoh serbuk asam yang digunakan.

Apa yang penting, gunakan bahan segar. Jangan sesekali kedekut bahan. Gunakan asam boi putih.

Nota!
¶Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
¶kalau nak buat banyak pastikan kene tapis banyak 2@3 kali.
¶Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
¶Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.

“Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar. Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye. Selalu saya dan abang saya yang handle bazar tapi tahun ni tak. Berkali-kali saya ajak dia suruh amik borang bazar Tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap, dalam hati saya sedih lah jugak hehe baru ku tahu kenapa.

“Allah lebih sayangkan kamu. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin Kamaluddin. Semoga kau tenang di sana bersama Bidadari Syurga & Mak. Pemergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20 tahun yang lalu .Rindu tiada penhujung. Perkara yang sama berlaku cuma berbeza. Al-Fatihah,” tulisnya.

Selamat mencuba.

Sumber : Nur Hanisah Kamaluddin

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x