fbpx

Pernah Makan Bubur Asyura? Jom Buat Bubur Asyura Utara. Mudah Cara Ini

iCookAsia

Bubur Asyura ni sangat sedap dan mempunyai banyak resepi dari pelbagai negeri. Yang menariknya, setiap negeri mempunyai keenakan dan keunikan masing-masing. Tapi kali ini, Admin nak kongsikan satu resepi Bubur Asyura yang mudah nak buat dari utara. 

Jom try.

Terima kasih Zuera Kasih untuk perkongsian resipi Bubur Asyura Utara ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

2 genggam kacang kuda

2 genggam kacang hijau

2 genggam kacang merah

2 genggam kacang kidney

2 genggam kacang tanah

Tidak perlu rendam bahan di atas

Bahan B:

2 cawan air

Daun pandan

1 cawan gula

1/2 sudu besar garam

2 ketul gula melaka

3 cawan santan

4 cawan 

1/2 cawan sagu (Dicuci)

1 tongkol jagung atau satu tin

2 cawan tepung beras

6 biji pisang (berangan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan A ke dalam pressure cooker.
  2. Masukkan 2 cawan air, daun pandan dan tutup cooker tersebut. Setkan high pressure selama 15 minit.
  3. Kemudian, masukkan 1 cawan gula, 1/2 sudu besar garam, 2 ketul gula melaka, 3 cawan santan, 4 cawan air serta kacau kesemua bahan tersebut.
  4. Seterusnya, masukkan 1/2 cawan sagu, jagung dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan pula 2 cawan tepung beras dan kacau rata.
  6. Tutup cooker tersebut dan setkan lagi high pressure selama 5 minit. Sebelum buka, lepaskan wap terlebih dahulu. Buka penutup, kacau dan steam kan selama 5 minit.
  7. Masukkan pula 6 biji pisang. Kacau rata.
  8. Jika sudah nampak menggelegak, bermakna bubur sudah siap. Boleh letakkan dalam bekas yang diingini. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zuera Kasih(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x