fbpx

Pernah Makan Kuih Getas? Wajib Cuba, Rangup Dan Lembut!

iCookAsia

Sedap juga makan Kuih Getas ini. Rangup di luar dan lembut di dalam. Nak buat untuk jualan pun boleh juga. Mesti puas hati. Lagi best kalau dapat buat untuk picnic.

Terima kasih Hamizah Yatim untuk perkongsian resipi Resepi Kuih Getas ini 🙂

Bahan- bahan:
500 g tepung pulut sekampit
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan nasi (Kisar)
1 biji kelapa parut
Garam sikit
Gula untuk sira
Air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan semua bahan kecuali gula.
  2. Kemudian, gaul sampai adunan tidak melekat pada tangan. 
  3. Bulatkan dan leperkan. Buat sampai habis.
  4. Akhir sekali, minyak jangan terlalu panas semasa menggoreng, guna api perlahan. Jika sudah kelihatan kekuningan dan boleh angkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hamizah Yati(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x