fbpx

Pernah Rasa Sayur Campur Paprik? Jom Try Buat Resepi Ini.

iCookAsia

Nak lauk sayuran yang simple, mudah dan sedap, boleh cuba Sayur Campur Paprik ini. Memang terasa keenakannya. Dapat makan dua lauk dalam satu masa. 

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

2 biji terung (dipotong memanjang)

1 biji lobak merah (dipotong)

4 batang jagung muda (dipotong)

10 biji kacang panjang atau buncis secukupnya (dipotong serong memanjang)

Sedikit isi udang (jika suka)

1 sudu kecil chili flakes

2 gram lada sulah

2 sudu besar sos cili 

15 gram sos tiram

2 ulas bawang putih (diketuk)

1 ulas bawang besar  (dibelah tebal)

1 helai daun limau purut

3 sudu besar minyak masak

AJI-NO-MOTO® secukupnya

1 sudu kecil kicap cair

Sedikit gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
  3. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit air. 
  4. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. 
  5. Kemudian, masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sekejap.
  6. Akhir sekali, masukkan terung goreng. Kacau rata, masukkan kicap cair dan tabur AJI-NO-MOTO® ke atasnya. Kacau sebati, tutup air dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x