fbpx

Petua Jaga Dalaman Wanita, Wajah Jadi Pinky Bila Amalkan.

iCookAsia

Dalam pada kita menjaga kesihatan luaran, jangan sesekali mengambil mudah bab penjagaan dalaman, dan petua ini khas untuk diamalkan oleh golongan wanita.

Apabila dalaman terjaga, secara tidak langsung, terserlah keayuan semulajadi di wajah. Jamu perkongsian Norain Naim ini punya banyak khasiat antaranya untuk awet muda dan mewangikan tubuh badan dan rahim. Jika diamalkan, kulit wajah akan kemerah-merahan macam pakai blusher.

Tetapi, untuk yang belum berkahwin, jangan diamalkan selalu kerana terdapat kandungan kunyit di dalamnya.

 

Bahan :

1 inci Kunyit

1 ketul Gula batu

1 batang Serai – diketuk

1 inci Halia

2 helai Daun pandan

1 batang Kayu manis

1 sudu Halba

2 cawan Air

Cara :

  1. Masukkan dua cawan air dan campurkan semua bahan di atas. Rebus sehingga tinggal secawan.
  2. Air rebusan ini elok diminum sewaktu suam. Selepas minum, akan sendawa dan menyegarkan badan.
  3. Amalkan tiga kali seminggu.

Kredit resipi & foto : Norain Naim

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x