fbpx

Pisang Butter Dengan Sos Kastard. Memang Layan Makan Petang-Petang.

iCookAsia

Kalau ada setandan pisang di rumah, jika tidak pisang goreng, pasti cekodok pisang yang menjadi pilihan. Betul tak? Apa kata sempena masa yang terluang bersama keluarga di rumah, cuba resipi Pisang Butter bersama sos kastard. Rasanya cukup enak dan lemak manis. Makan sekali memang tak puas.

Terima kasih Fatien Zaini atas resipi yang dikongsikan.

 

Bahan :

Pisang

Butter

1 tin Susu cair

1/2 tin Air

2 sb Tepung kastard

3 sb Gula – ikut kemanisan masing-masing

1 biji Kuning telur

Mixed fruit

1 helai Daun pandan

Cara :

  1. Cairkan sedikit butter di dalam kuali non stick dan goreng pisang sehingga kekuningan.
  2. Campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, kuning telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan pula daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Biarkan kuah suam dan baru curahkan di atas pisang tadi dan taburkan mixed fruit. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Fatien Zaini

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x