Pizza Roti Telur ini nampak gaya macam hidangan mewah ala Barat tetapi tahukah korang cara nak membuatnya mudah sahaja tau. Resipi yang dikongsikan Noriza Zainal Abidin ini merupakan idea asal daripada Pn Zalekha Zabidi yang diolah mengikut selera anak-anak.
Jika tiada Air Fryer, boleh gunakan ketuhar ataupun microwave tetapi pastikan set pada mode bakar.
Bahan :
(Satu adunan dapat 8 papercup)
2 biji Telur
3 keping Roti – potong kiub
2 btg Sosej
2 sb Butter – cairkan
2 sb Sos spahetti
5 sb Susu cair
1 sb Mayonis
2 keping Keju cheddar – sekeping potong 4
Keju mozarella
Oregano – hiasan
Cara :
- Campurkan semua bahan kecuali keju dan oregano.
- Masukkan ke dalam papercup, letakkan keju dan taburkan sedikit oregano.
- Bakar pada suhu 160c selama 10 minit. Jika kurang masak, tambahkan masa sedikit lagi.
Kredit resipi & foto : Noriza Zainal Abidin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/