Hidangan Mee Sizzling ini kebiasaannya dihidang di ‘food court’ dalam mana mana pasaraya. Memang ramai betul yang gemar akan hidangan ni. Manalah tahu kalau anda tiba-tiba sahaja mengidam atau lapar dan teringin makan pada musim PKP ni, kedai dah tutup tak boleh keluar.
Jangan risau, disini Admin kongsikan resipi daripada seorang Jejaka di Facebook, dimana resipi Mee Sizzling yang sangat mudah. Bahan yang diperlukan memang sangat banyak, tapi hasilnya, boom! Sedap yang amat.
Terima kasih Muhammad Zakwan untuk perkongsian resipi Mee Sizzling ini 🙂
Bahan-bahan:
2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
4 sb Kicap pekat
4 sb Sos tiram
3 cawan air
2 bj Telur
1 sb tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
.
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
- Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
- Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
- Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
- Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
- Siram kan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Zakwan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/